Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Tuesday, December 8, 2009

Hasil-hasil Penanaman Hobi Kebun

Mohon Maaf sebab sudah lama tidak menulis catatan. Namun catatan kali ini saya ceritakan mengenai hasil-hasil dari kebun mini saya. Walaupun hasil tidak seberapa namun inilah kesan penat lelah saya di kebun ini. Paling tidak buat tambahan lauk di dapur.

Gambar di sebelah ini adalah hasil kutipan serumpun serai di kebun saya. Dapat lah juga buat masak di Hari Raya Haji yang lepas. Pada permulaan tanaman saya hanya menggunakan 3 batang serai yang saya beli dari pasar . Namun lihatlah hasilnya bertambah sekitar 25 batang.
Kedua , hasil pokok ulam raja yang saya tanam. Balik kerja , Petik kat belakang rumah dan makan dengan sambal belacan bersama nasi . Baru la fresh . Ni adalah hasil dari pokok ulam raja generasi kedua dari hasil biji benih generasi pertama di kebun saya.
Akhir sekali saya akan tunjukkan beberapa gambar cili-cili hasil di kebun saya. Walaupun sekadar tanam kecil-kecilan lihatlah hasilnya.





Thursday, November 19, 2009

Tanaman Baru

Catatan ini akan membincangkan tanaman baru yang saya selitkan di kebun saya. Beberapa koleksi tanaman yang sering digunakan di dapur telah saya tanam di kebun saya . Antara tanaman baru yang saya tanam adalah:

1. Pandan

Saya ambil anak pokoknya dari ibu saya di Nitar 01. Memandangkan pandan sering digunakan di dapur rumah , saya ingin mencuba tanaman ini. Pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. (Sumber: Wikipedia).

2. Kunyit

Alhamdulillah, sudah lama mencari pokok kunyit, akhirnya dapt juga saya tanam. Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Hari pertama saya tanam , orang rumah dah guna daunnya untuk masakan Siput Sedut Masak Lemak ( memang favourite saya). Tak payah beli kat kedai lagi.

3. Pokok Daun Kesom

Daun Kesom sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan terutama dalam masakan laksa asam dan juga asam pedas. Memnag berbaloi saya tanam pokok daun kesum ni. Pokok Kesom ni memerlukan kawasan yang berair untuk hidup subur. Saya ambil pokoknya dari ibu saya di Nitar 01. Lepas ni senang la orang rumah saya. Tinggal petik je daun kesom ni untuk masakan.
4. Cekur

Cekur ni saya baru cuba-cuba menanamnya. Gambar di sebelah kanan tu adalah rizom cekur yang baru saya semai. InsyaAllah tak lama lagi jadi macam gambar sebelah bawah(sumber: Wikipedia).Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang (Wikipedia).Masyarakat Jawa memang kenal dengan cekur ni. Mereka menggunakannya dalam masakan seperti urap, kuah pecal (lama tak pekena pecal ni) dan masak lemak cili api. Banyak variasi cekur sebenarnya. antaranya ialah cekur merah, cekur hitam, cekur jantan, cekur betina dan cekur batik. Cekur merah berdaun merah, cekur hitam daunnya kehitaman, cekur jantan daun tirus dan cekur betina berdaun lebar dan cekur batik mempunyai corak ungu di atas permukaan daun. Masyarakat Jawa memang kenal dengan cekur ni. Mereka menggunakannya dalam masakan seperti urap, kuah pecal dan masak lemak cili api.

Ladaku Sudah Merah

Catatan kali ini adalah mengenai lada yang mula berubah warna menjadi merah. Inilah berkat kurniaan Allah s.w.t. Di bawah ada sedikit gambar berkenaan lada yang mula berubah wajah dari putih kepada kemerah-merahan. Lada ni boleh tahan juga pedasnya. Walaupun jenis ni agak jarang didapati namun berbekalkan buahnya yang agak besar, ia memang sesuai untuk tanaman di belakang rumah untuk menambah sedikit sebanyak keperluan dapur. Jika anda mahukan anak pokok lada ni bolehlah hubungi saya.



Friday, November 13, 2009

Kangkung , Terung dan Kacang Panjang

Catatan kali ini , saya akan menceritakan aktiviti penanaman terung , kangkung dan kacang panjang. Cuaca yang seringkali hujan juga membawa rahmat. Saya mengambil rahmat Allah s.w.t ini untuk manambah koleksi pokok dan sayur di kebun mini saya. Antara tanaman baru yang saya selitkan di kebun saya adalah:

1. Kacang Panjang

Kacang panjang mempunyai khasiat yang sangat banyak antaranya mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan mineral serta baik diamalkan oleh penderita diabetes. Manfaat lainnya adalah melancarkan pembuangan air besar dan menurunkan kadar kolesterol. Masyarakat Melayu terutama kaum Jawa suka menggunakan kacang panjang untuk makanan popular mereka iaitu pecel (saya pun suka).Dengan harga RM4~6 sekilo saya mengambil inisiatif untuk menanam kacang panjang di satu sudut kebun saya. Gambar di bawah adalah 'screenshot' pokok kacang panjang saya yang baru berumur 3 minggu.



2. Terung Panjang

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Pokok yang saya tanam ni adalah terung panjang. Di Felda Nitar 01 ( rumah ibu saya) mereka mendapat projek untuk menanam sekitar 20 pokok terung dan hasilnya akan dijual kepada pemborong. Di bawah adalah gambar pokok terung saya yang saya tanam dalam polibag.



3. Kangkung

Kangkong sering digoreng untuk masakan . Rempah atau cili dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.Antara masakan yang popular dan juga kesukaan saya yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan atau pun sering digunakan untuk Yong Taufu. Saya sudah lama menanam kangkung sejak berada di sekolah di Nitar 01 lagi. Kangkung perlu sentiasa disiram untuk hidup lebih subur. Ia boleh ditanam sama ada dengan biji benih ataupun dengan menggunakan keratan akar. Saya menggunakan kadeah biji benih untuk menaman kangkung di kebun saya. Alhamdulillah baru seminggu saya semai lihatlah hasilnya pada gambar di bawah. Saya tanak dalam dua baris ( lebih kurang jarak 5 inci antara baris). Musim hujan ni jarang saya siram. Inilah rahmat Allah s.w.t. Tak sabar nak buat lauk kangkung goreng.

Friday, November 6, 2009

CILIKU BERBUAH LEBAT

Alhamdulillah..dah lama saya tak update blog ni. Apepun saya update blog ni dengan perkembangan cili yang saya tanam kat belakang rumah ni. Kalau tengok hari tu pokok ni masih berbunga namun kali ni kalian lihat betapa lebatnya lada ni..Memang lada ni memang lain macam sikit.Benih saya ambil dari rumah mak di Nitar 1.Buahnya agak besar dan masa muda memang berwarna putih. Dah masak nanti dia akan berubah menjadi merah. Rasanya orang leh buat perhiasan pokok cili jenis ini. Kat bawah ni ada gambar lagi. Alhamdulillah tak sabar rasanya nak tengok warnanya bertukar menjadi merah.

Alhamdulilah. walaupun pokok ni aku tanam atas tanah buah masih lebat. Nanti saya update tentang perkembangan pokok2 cili saya yang lain.

Sunday, October 18, 2009

Pokok Markisaku

Gambar kat sebelah ni adalah gambar pokok markisa yang telah aku tanam . Terima kasih kepada makcik hawa dan cik kadis (makcik isteri aku ) yang telah memberi benih pokok ini. Walaupun aku tak pernah merasa buahnya tapi aku nekad jugak nak tanam. Alhamdulillah setelah beberapa bulan aku tanam ...Mak aiii buah dia lebat giler...

Cuba tuan-tuan tengok buah pokok markisa ni..banyak gile..sampai aku terpaksa bagi kat jiran-jiran ngan sedara mara. Bila warnanya dah merah tu rasanya memang manis..Kalau tak masam kedaruk...Kat bawah ni adalah gambar benih pokok markisa yang aku semai sendiri..Sape2 nak bolehlah contact saya ye ataupun emailkan permintaan anda kat hobikebun@gmail.com  . Harga murah2 je..Sape cepat dia dapat..Stok terhad..ada dalam 5-6 pokok saje lagi.

Lada Tomyamku Sudah Mengeluarkan Hasil

Alhamdulillah , pokok lada tomyam ( nama yang mak aku beri ) sudah mula mengeluarkan hasil . Pokok ni mak aku bagi sepokok untuk aku bawak ke kampung di senggarang . Daun pun agak lebat serta bunga - bunga sudah mula keluar. Pokok ni memang saja tanam kat polibeg sebab aku dah try tanam kat tanah dulu tapi tak boleh membesar. Tanah yang digunakan adalah tanah dari kilang sawit . Pada mula-mula aku ambil pada mak aku , pokoknya takdela besar sangat , tapi berkat penyiraman harian serta baja yang aku beri pada awal bulan sudah mula menampakkan hasil. walaupun buahnya tak berapa banyak tapi bolehlah memuaskan hati aku bila isteri aku guna buat masak nasi goreng pagi semalam.  Mak aku kata lada ni buat masak tomyam

Apepun thanks pada mak aku yang bagi pokok ni kat aku. Lada ni buahnya jenis panjang . Tak payah tunggu warnanya merah . Agak2 dah tua sikit terus je kutip. Kalau kita tengok orang masak tomyam pun jarang ladanya warna merah . Projek seterusnya untuk lada ni nanti aku nak semai biji untuk tanam beberapa pokok lagi. Tak puas pulak tengok ada sepokok je. Apepun syukur pokok ni dah berbuah.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...