Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Monday, June 13, 2011

Koleksi Pokok Buah-Buahan di Sekitar rumah

Catatan kali ini berkenaan beberapa tanaman buah-buahan di sekitar rumah saya. Tidak lengkap rasanya persekitaran rumah saya tanpa kehadiran beberapa pohon berbuah ini. Antara pohon yang ditanam ialah pohon mangga (rujuk gambar di bawah) dari spesies harumanis mengikut kata penjual di pasar senggarang. Harap dapat membuahkan hasilnya secepat mungkin.

Gambar: Mangga

Kedua, pokok jambu madu ( gambar di bawah) yang saya beli juga di pasar Senggarang. Kalau hendak datang pasar di Senggarang sentiasa dibuka pada hari Sabtu. Pertumbuhan awal pokok agak terbantut kerana gangguan makhluk serangga. Namun berbekalkan motivasi secara lisan  dan fizikal daripada saya, Alhamdulillah pertumbuhan kini agak baik.

Gambar: Pokok Jambu Madu

Pokok limau kasturi juga tidak ketinggalan dalam list penanaman saya. Pokok yang banyak kegunaannya antaranya kegunaan dalam masakan, minuman seperti minuman kegemaran saya teh o ais limau , dan juga makan bersama asam kecut ( kegiatan zaman kanak2) serta enak diperah bersama sambal belacan. 2 pokok telah ditanam. 'Progress' pembesaran pokok dan hasil buah juga amat baik.

 Gambar : Pokok Limau Kasturi

Akhir saya juga ingin memaparkan serumpun pokok tebu di tepi rumah. Tebu ni yang saya suka kerana senang ditanam. Sepotong ruas tebu hanya diletak sahaja atau dicucuk di atas tanah , Insyaallah hidup. Bolehlah selepas ini  sambil-sambil saya lepak-lepak di kebun kecil ini sambil makan tebu nanti. Terima kasih kepada mak saya yang membenarkan saya mengambil seruas tebu di kampung.


Alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan. Walapun di ruangan yang kecil tidak salah sekiranya kita menanam beberapa pohon buah-buahan yang mampu membuahkan hasil yang lumayan. Saya masih mahu menyelitkan beberapa pokok yang kecil dan rendang namun serta mampu menghasilkan buah-buahan tempatan yang berkhasiat.  Namun, nasihat saya kita juga perlu berbincang dengan jiran-jiran sekiranya pokok-pokok yang ditanam agak menganggu mereka. Jikalau dahan pokok agak sudah menjejaskan rumah jiran tu cantas-cantaskan lah dahan tu. Walaubagaimanapun, kita lihat hasilnya nanti. Saya sudah merasainya , anda bila lagi????Rajin-rajinlah berkebun.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...