Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Sunday, July 22, 2012

Hasil Tanaman 2012

Catatan kali ini saya akan buat sedikit laporan hasil tanaman saya sepanjang 2012.Walaupun agak sedikit namun masih boleh dianggap berjaya hasil sehingga Julai 2012.

Yang pertama serai peha ayam yang saya tanam di kebun kecil-kecilan saya seperti gambar di bawah. Sehingga kini masih ada beberapa rumpun yang masih membesar untuk digunakan setiap hari dan pada Hari Raya akan datang. 


Seterusnya tanaman cili saya di belakang rumah sperti ditunjukkan gambar di bawah. Hasilnya daat juga dibuat masakan dan sebahagiannya saya bawa balik ke Nitar 1 untuk emak tersayang.


Tanaman bunga kantan saya di senggarang juga masih mengeluarkan hasil seperti gambar di bawah. Sedap dimasak asam pedas. Kalau ada laksa johor pun sedap.


Tanaman durian belanda saya di Senggarang juga sudah mula mengeluarkan hasil yang pertama. Gembira sangat hati saya bila pertama kali melihat buah yang pertama ini tapi pemnatauan agak sedikit sukar disebabkan pokok ini berada di Senggarang. Buat masa ini saya juga telah menanam 2 pokok durian belanda di hadapan rumah saya di rengit. Saya adalah penggemar buah durian belanda dan air durian belanda sejak kecil lagi.


Saya pernah update entry tanaman tebu saya pada masa lepas. Nah! lihatlah hasilnya. sungguh mengujakan lebih-lebih lagi setela diperah airnya. Terima kasih pada bapa mertua saya yang membantu menghantar tebu-tebu ini untuk diperah airnya. Hasil airnya sangat manis dan umphh!!. Saya telah tambah beberapa rumpun lagi. Mana tau satu hari nanti jadi jutawan tebu...hihi.


Akhir sekali, nah hasil tanaman 2 pohon limau kasturi saya. satu plastik penuh hasilnya. Untuk pengetahuan mak saya dah booking separuh. Separuh lagi buat barang dapur sempena Ramadhan. Paling best buat air teh o' ais limau dan juga bahan tambahan untuk sambal belacan.


Sungguh teruja melihat hasil tangan sendiri dan nikmat dari Allah s.w.t ini. Alhamdulillah, memang benar tidak rugi berbudi kepada tanah. Jom berkebun!!

Tanaman Sayuran dan Lada Tahun 2012 dari Hobikebun

Ucapan salam dan selamat menyambut Ramadhan kepada semua. Saya ingin memohon maaf kepada pelawat blog ini kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini untuk tatapan kalian. Kerja yang terlalu sibuk dan ditambah dengan part-timer master student agak membataskan saya menjalankan hobi saya. Namun ada juga kesempatan juga untuk meneruskan hobi ini.

         Catatan 2012 dimulakan dengan info tanaman saya sepanjang 2012 sehingga Julai. Saya mulakan dengan projek tanaman sayuran di dalam kotak polisterine terpakai ini. Projek menggunakan bahan terpakai ini mampu mengeluarkan hasil yang mengagumkan. Yang pertama adalah kailan. Lihatlah hasil tanaman kailan saya seperti gambar di bawah. Medium tanaman saya gunakan campuran sabut kelapa dan juga tanah bakar yang dibeli dari nursery di rengit.



        Yang kedua adalah tanaman sayur (sawi jepun). Ada 2 kotak saya gunakan untuk tanaman ini. Gambar menunjukkan anak-anak sawi jepun agak sihat membesar di dalam kotak polisterine ini. Saya akan update hasilnya nanti dalam catatan akan datang



          Tanaman lada besar seperti gambar dibawah juga sedang giat diusahakan. Benih saya beli dari pasar rengit. Ada satu gerai memang jual anak benih lada , beg berisi cocopeat (3 beg 10 ringgit rasanya) dan baja fertigasi. Saya beli 10 anak lada besar dan satu set baja cecair fertigasi (set A dan set B) untuk eksperimen kali ini. Buat masa ini pembesaran masih dipantau. Media tanaman saya guna campuran sabut kelapa dan tanah bakar yang dibeli dari nursery di rengit. Lain kali nak test pakai media yang lain pula untuk dibuat perbezaan nanti.



            Bagi sesiapa yang ada kotak-kotak polisterine yang tak guna tu saya cadangkan gunakan ia untuk tanaman sayuran anda. Anda pasti akan suka bila melihat hasil tanaman anda nanti.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...