Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Thursday, November 11, 2010

Setup Kebun Baru

Salam kepada semua pelawat. Sudah agak lama juga saya tidak menulis di laman blog ini. Bebanan tugas sebagi seorang pegawai akademik di sebuah universiti menyuntukkan masa untuk berkebun. Jika dulu di senggarang balik kerja leh jugak bercucuk tanam. Sejak duduk di rengit ni , balik kerja dari parit raja ke rengit menyuntukkan masa berkebun.

Namun, dalam kesempitan masa, sempat jugak saya setup kebun baru di tanah di kawsan rumah saya ni. Antara tanaman yang telah ditanam adalah mangga harumanis, jambu madu , serai peha ayam, limau kasturi , cili , pandan dan pokok daun kari. Yang menjadi masalah saya tidak dapat nak upload gambar. Ini kerana handphone yang sedia ada membataskan saya mengambil gambar dengan shot terbaik. Ni nak kena beli kamera yang baik sikit.

Hujung minggu ni target nak buat batas atau tempat nak tanam sayur  seperti sawi, kacang panjang , kankung dan lain-lain. Saya ingin membuat kajian sedikit berkaitan penanaman di atas tanah di rumah saya ini. Sebab tanahnya tanah liat dan berbatu (maklum le pemaju balun je batu masa tambak tanah). Bukan batu jue, serpihan bumbung , kayu dsb pun ada..takpela buat tambah mineral kat tanah.Tanah liat ni susah sikit nak serap air.Nak buat kajian sikit..kalau tanaman ok bolehlah teruskan..kalau tak bleh kena guna bekas atau polibeg la nampaknya..Nasib baik kat rengit ni ada nursery.

Apepun, untuk sesiapa yang suka berkebun tu..teruskanlah aktiviti anda..harga pun semakin meningkat..boleh jimat sikit duit dapur..orang rumah saya kalau nak buat nasi goreng order je kat saya..nanti saya petikkan...kalau nak serai cabutle sendiri..kalau nak pandan nak wat nasi lemak ambik je...

Wednesday, September 22, 2010

'Seed Starter Pot' Daripada Kertas Suratkhabar.

Salam dari hobikebun.

Hari ni terasa nak menulis lagi mengenai projek kitar semula yang boleh diperbuat khusus untuk para penggiat atau peminat kebun. Biasanya kita menanam anak benih menggunakan polibeg atau 'tray' tanaman yang diperbuat daripada plastik. Apa kata anda cuba projek kitar semula ini dengan menggunakan kertas surat khabar.Ada pelbagai versi atau rekabentuk 'starter pot' yang anda boleh buat berdasarkan konsep origami ini. Juga dicadangkan surat khabar yang berdakwat hitam berbanding surat khabar bewarna. Anda boleh melihat video di bawah untuk proses membuatnya.




Ini pula versi origami. Ia seakan-akan polibeg plastik yang kita beli di kedai.



Projek ini sangat mudah , ringkas dan yang lebih penting ia 'biodegradable'. Bila anak benih bercambah, anda boleh tanam anak benih tanpa membuka starter pot. Sangat menarik bukan. Saya dah cuba. Anda bila lagi.

Tuesday, September 21, 2010

Self Watering Pot Daripada Botol Minuman Terbuang

Salam dari hobikebun.

Posting kali ini ingin berkongsi kepada peminat yang suka berkebun mengenai cara-cara membuat bekas tanaman atau 'Self-watering Pot' daripada botol-botol minuman 1.5 liter atau 2 liter yang seringkali kita buang. Projek ini anda boleh lakukan dengan mudah. Yang penting kita boleh menggunakan bahan-bahan terbuang yang kita boleh dapatkan secara percuma. Ia juga boleh dijadikan tempat menanam anak benih . sayuran dan juga bunga. Video di bawah boleh membantu anda untuk menghasilkannya.


Anda juga boleh dapatkan manual daripada laman sesawang di 'link' ini http://www.instructables.com/id/Self-Watering-Plant-Container-out-of-a-2-liter-bot/

Selamat mencuba. Saya juga sudah mencuba dan saya juga pernah menggunakan botol minyak masak yang telah dibuang. Insyaallah saya akan update hasilnya pada masa akan datang.

Monday, September 20, 2010

Global Bucket

Salam Aidilfitri daripada hobikebun.

Setelah lama tidak menulis , hobikebun ingin berkongsi satu sistem penanaman yang dinamakan Global Bucket. Informasi mengenainya boleh didapati daripada laman sesawang http://www.globalbuckets.org/ ini.

Satu sistem penanaman yang ringkas menggunakan bahan terbuang seperti tong cat dan lain-lain. Sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tanaman. Sila lihat video di bawah untuk penerangan yang lebih lengkap.
Diharap 'posting' kali ini mampu membantu peminat-peminat tanaman di belakang rumah.



Rumah Baru dan Anak

Alamak dah lama pulak tak dapat update blog ni.

First sebab saya baru berpindah ke rumah baru. Terpaksa gantung cangkul dan tajak kejap. Pokok-pokok pun terpaksa transfer dan tanam semula. Alhamdulillah tanah di rumah baru sangat besar untuk saya tanam pokok-pokok dan tanaman yang terbaik. Sehingga kini baru siap transfer serai , pokok limau.Pokok lada terpaksa ditinggalkan di rumah lama. Sedekah pada jiran-jiran.

Kedua.saya juga telah dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. setelah setahun lebih menunggu..Inilah zuriat pertama saya. Moga-moga hobi dan ilmu bercucuk tanam ni turun kepada dia. Nama yang saya beri Muhammad Danish Irfan.

Insyaallah..tak lama lagi saya akan update blog ni dengan info-info terbaru projek tanaman saya.

Wednesday, January 20, 2010

Tanaman Baru 2010













Salam 2010...Sedikit perkembangan dari hobikebun...start 2010 ni agak perlahan sedikit..namun ada beberapa pokok baru yang ditanam di edible garden saya. Pertama pokok cilipadi spesies johor. Saya dapatkan benihnya daripada ibu di nitar 01.Setakat ni dua pokok ( rujuk gambar di atas) masih berkembang dengan baik. Saya membantu pembesaran cilipadi ini dengan baja kompos yang dibeli dari pasar senggarang.Spesies ni buah cilinya agak kecli dan akan tegak ke atas. Saya akan update bila buahnya dah membesar.














Seterusnya, pokok ubikayu yang saya tanam awal tahun 2009 telah saya cabut dan hasilnya agak memuaskan. Telah dibahagikan kepada saudara-mara terdekat. Saya telah melakukan aktiviti tanam semula ubi kayu pada awal januari (musim hujan), dah hasilnya sehingga hari ni, pembesarannya agak memuaskan.(rujuk gambar di atas). Kemudian beberapa rumpun serai saya telah tanam untuk menambahkan hasil di hobikebun. Seingat saya sekitar 8 rumpun semuanya. Saya ambil daripada induk serai. Walaupun tumbesarannya agak lambat, saya percaya hasilnya pasti memuaskan.

LADA HIASAN DI HOBIKEBUN

Sudah lama saya tidak menulis. Saya kembali dengan lada hiasan yang saya baru tanam di kebun saya. Saya dapatkan benihnya dari salah satu nursery di rengit johor. murah2 je. Saya agak tertarik dengan pokok lada ini terutama dengan jumlah buahnya yang kecil dan banyak walaupun pokoknya agak kecil dan comel. Saya dapatkan sebuah pasu dan satu beg tanah bercampur sabut kelapa di nursery tersebut. Lihatlah hasilnya pada gambar.
Buahnya yang kecil dan kemerah-merahan telah menambat hati saya. Menurut pengusaha nursery tersebut, buanya juga boleh dugunakan untuk masakan seperti lada-lada yang lain. Jika anda ingin mendapatkannya boleh hubungi saya. Agak sesuai diletakkan di dapur anda atau di sudut edible garden anda.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...