Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Sunday, May 22, 2011

Tanaman Lada di Rumah Ku

                  Mohon seribu kemaafan kerana lama tidak menulis di laman blog ini. Saya terlalu sibuk dengan aktiviti kerjaya dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi masa berkebun saya sudah terpaksa saya penuhi dengan kelas master of engineering saya.

                   Namun secara perlahan-lahan saya telah setup platform kebun saya di rumah yang baru saya duduki pertengahan tahun lepas. Maklum le...hobi berkebun ni sukar untuk dipisahkan.Update pertama saya dengan tanaman lada saya di rumah. Saya telah menanam beberapa pokok lada di sekeliling pagar di rumah. Melihat keadaan rumput yang meliar sudah tentunya saya tidak tahan untuk mencangkul dan menajak dengan penanaman lada secara hobi ini. Lihat dua gambar di bawah sedikit 'close up' sebaris pokok cili di tepi pagar.


                       Lada yang saya ambil benihnya daripada kampung di felda nita 1 juga ada ditanam di baris ini. Buahnya agak besar dan rasanya pedas juga. Ada lebih kurang 4 pokok semunya. Gambar dibawah adalah salah satu pokoknya. Baru berbuah 2-3 minggu lepas.


                          Perasaaan yang agak gembira dan tersenyum melihat hasil tanaman sendiri walaupun di tepi pagar rumah dan tanaman secara tradisional tanpa perlu alat yang canggih. Hanya memerlukan tenaga, masa yang sedikit dan alatan untuk menanam. Lihatlah hasil yang saya dapat. Tuaian lada untuk seisi rumah dan tadaaaaaaaaaaaaaaa nasi goreng .....hihi...Alhamdulillah...Saya sudah merasai..Anda bila lagi...selamat mencuba..














3 comments:

  1. teringin nk tanam mcm ni jgk...bg kaedah2 bole x..mcm beli pokok tros tnam ke.or kena letak baja jgk../

    ReplyDelete
  2. salam..mohon maaf sebab tak reply msg..sibuk dengan pengajian master...untuk lada kaedah biasa yang saya guna adalah semai dahulu benihnya..dan pindahkan ke tempat yang kita ingin tanam..saya biasa guna tanah organik yang dibeli di nursery sebab tanah rumah saya ni tanah tambak..kurang sesuai untuk akar lada..

    ReplyDelete

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...