Salam dari hobikebun.
Posting kali ini ingin berkongsi kepada peminat yang suka berkebun mengenai cara-cara membuat bekas tanaman atau 'Self-watering Pot' daripada botol-botol minuman 1.5 liter atau 2 liter yang seringkali kita buang. Projek ini anda boleh lakukan dengan mudah. Yang penting kita boleh menggunakan bahan-bahan terbuang yang kita boleh dapatkan secara percuma. Ia juga boleh dijadikan tempat menanam anak benih . sayuran dan juga bunga. Video di bawah boleh membantu anda untuk menghasilkannya.
Anda juga boleh dapatkan manual daripada laman sesawang di 'link' ini http://www.instructables.com/id/Self-Watering-Plant-Container-out-of-a-2-liter-bot/
Selamat mencuba. Saya juga sudah mencuba dan saya juga pernah menggunakan botol minyak masak yang telah dibuang. Insyaallah saya akan update hasilnya pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment