Salam 2010...Sedikit perkembangan dari hobikebun...start 2010 ni agak perlahan sedikit..namun ada beberapa pokok baru yang ditanam di edible garden saya. Pertama pokok cilipadi spesies johor. Saya dapatkan benihnya daripada ibu di nitar 01.Setakat ni dua pokok ( rujuk gambar di atas) masih berkembang dengan baik. Saya membantu pembesaran cilipadi ini dengan baja kompos yang dibeli dari pasar senggarang.Spesies ni buah cilinya agak kecli dan akan tegak ke atas. Saya akan update bila buahnya dah membesar.
Seterusnya, pokok ubikayu yang saya tanam awal tahun 2009 telah saya cabut dan hasilnya agak memuaskan. Telah dibahagikan kepada saudara-mara terdekat. Saya telah melakukan aktiviti tanam semula ubi kayu pada awal januari (musim hujan), dah hasilnya sehingga hari ni, pembesarannya agak memuaskan.(rujuk gambar di atas). Kemudian beberapa rumpun serai saya telah tanam untuk menambahkan hasil di hobikebun. Seingat saya sekitar 8 rumpun semuanya. Saya ambil daripada induk serai. Walaupun tumbesarannya agak lambat, saya percaya hasilnya pasti memuaskan.
No comments:
Post a Comment