Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Monday, May 23, 2011

Herbs and Spices

Herbs and spices are synonymous with the key ingredients for cooking especially Malay's foods. Without it, food is less tasty and felt like something missing. Thus, on a small scale garden I started planting some herbs and spices plants that are commonly used as cooking ingredients and as well as traditional medicine . Among them are:

  1. Ginger (Halia)
  2. Galangal (Lengkuas)
  3. Turmeric (Kunyit)
  4. Ginger Bara (Halia Bara)
  5. Curry Leaf (Daun Kari)
                    Attached are some pictures of the herb ans spice plants that I try at home. I will update on my herb and spice plants in the future post. You can see good progress from our ginger (figure 1) and curry leaf (Figure 2) .  Hopefully , it will be good progress for others too.



Sunday, May 22, 2011

Tanaman Serai

                   Tanaman serai memang tidak boleh dipisahkan daripada keperluan dapur untuk memasak. Serai memang salah satu tanaman kesukaan saya kerana penanamannya yang sangat mudah. Gali lubang yang sesuai kedalamannya, cocok je serai yang dah ada akar tu..siram..Insyaallah hidup.


                  
                   Serai yang saya tanam di rumah saya ini rasanya adalah spesies serai peha ayam kerana bentuk fizikalnya seperti peha ayam (sorry kalau salah)..Serai memang sinonim dengan beberapa masakan seperti rendang, tomyam dan yang paling best ayam panggang atau barbeque...So tanpa fikir panjang saya 'close up' gambar tanaman serai (atas) di rumah saya. Amacam ada peluang jadi toke serai tak..hihi..



                 Alhamdulillah...jimat sikit duit belanja dapur. So rakan-rakan dan jiran-jiran anda dialu-alukan la kalau nak pakai serai ni..banyak sangat sampai tak larat nak abiskan..hihi..kalau nak derma sikit pun boleh...boleh masuk tabung si irfan ni...hihi..tersenyum saya melihat gelagat irfan bermain bersama serai yang saya tuai ni..Jom..ape lagi tanam main-main pun dapat hasil lumayan...

Tanaman Lada di Rumah Ku

                  Mohon seribu kemaafan kerana lama tidak menulis di laman blog ini. Saya terlalu sibuk dengan aktiviti kerjaya dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi masa berkebun saya sudah terpaksa saya penuhi dengan kelas master of engineering saya.

                   Namun secara perlahan-lahan saya telah setup platform kebun saya di rumah yang baru saya duduki pertengahan tahun lepas. Maklum le...hobi berkebun ni sukar untuk dipisahkan.Update pertama saya dengan tanaman lada saya di rumah. Saya telah menanam beberapa pokok lada di sekeliling pagar di rumah. Melihat keadaan rumput yang meliar sudah tentunya saya tidak tahan untuk mencangkul dan menajak dengan penanaman lada secara hobi ini. Lihat dua gambar di bawah sedikit 'close up' sebaris pokok cili di tepi pagar.


                       Lada yang saya ambil benihnya daripada kampung di felda nita 1 juga ada ditanam di baris ini. Buahnya agak besar dan rasanya pedas juga. Ada lebih kurang 4 pokok semunya. Gambar dibawah adalah salah satu pokoknya. Baru berbuah 2-3 minggu lepas.


                          Perasaaan yang agak gembira dan tersenyum melihat hasil tanaman sendiri walaupun di tepi pagar rumah dan tanaman secara tradisional tanpa perlu alat yang canggih. Hanya memerlukan tenaga, masa yang sedikit dan alatan untuk menanam. Lihatlah hasil yang saya dapat. Tuaian lada untuk seisi rumah dan tadaaaaaaaaaaaaaaa nasi goreng .....hihi...Alhamdulillah...Saya sudah merasai..Anda bila lagi...selamat mencuba..














Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...