Copyright Notice

© hobikebun.blogspot.com. All right reserved.


No any portion of this site may be reproduced, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the prior written permission of hobikebun.blogspot.com.

Sunday, July 21, 2013

Salam 2013

Salam kepada semua 

Mohon maaf kepada semua yang mengikuti blog ini.

Tahun 2013 saya teramat sibuk dengan tuntutan kerja dan juga pengajian peringkat sarjana dalam bidang mekanikal. Insya-Allah sedikit masa lagi saya akan kembali aktif untuk menggiatkan lagi aktiviti hobi berkebun saya kerana saya telah selesai pengajian dalam peringkat sarjana. 

Semoga blog ini akan penuh denga info2 terkini berkenaan aktiviti tanaman sendiri di rumah.


Sunday, July 22, 2012

Hasil Tanaman 2012

Catatan kali ini saya akan buat sedikit laporan hasil tanaman saya sepanjang 2012.Walaupun agak sedikit namun masih boleh dianggap berjaya hasil sehingga Julai 2012.

Yang pertama serai peha ayam yang saya tanam di kebun kecil-kecilan saya seperti gambar di bawah. Sehingga kini masih ada beberapa rumpun yang masih membesar untuk digunakan setiap hari dan pada Hari Raya akan datang. 


Seterusnya tanaman cili saya di belakang rumah sperti ditunjukkan gambar di bawah. Hasilnya daat juga dibuat masakan dan sebahagiannya saya bawa balik ke Nitar 1 untuk emak tersayang.


Tanaman bunga kantan saya di senggarang juga masih mengeluarkan hasil seperti gambar di bawah. Sedap dimasak asam pedas. Kalau ada laksa johor pun sedap.


Tanaman durian belanda saya di Senggarang juga sudah mula mengeluarkan hasil yang pertama. Gembira sangat hati saya bila pertama kali melihat buah yang pertama ini tapi pemnatauan agak sedikit sukar disebabkan pokok ini berada di Senggarang. Buat masa ini saya juga telah menanam 2 pokok durian belanda di hadapan rumah saya di rengit. Saya adalah penggemar buah durian belanda dan air durian belanda sejak kecil lagi.


Saya pernah update entry tanaman tebu saya pada masa lepas. Nah! lihatlah hasilnya. sungguh mengujakan lebih-lebih lagi setela diperah airnya. Terima kasih pada bapa mertua saya yang membantu menghantar tebu-tebu ini untuk diperah airnya. Hasil airnya sangat manis dan umphh!!. Saya telah tambah beberapa rumpun lagi. Mana tau satu hari nanti jadi jutawan tebu...hihi.


Akhir sekali, nah hasil tanaman 2 pohon limau kasturi saya. satu plastik penuh hasilnya. Untuk pengetahuan mak saya dah booking separuh. Separuh lagi buat barang dapur sempena Ramadhan. Paling best buat air teh o' ais limau dan juga bahan tambahan untuk sambal belacan.


Sungguh teruja melihat hasil tangan sendiri dan nikmat dari Allah s.w.t ini. Alhamdulillah, memang benar tidak rugi berbudi kepada tanah. Jom berkebun!!

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...